ANGGOTA PERBADANAN

YBRS. TUAN ZULKHAIRIL AMAR BIN MOHAMAD

YBrs. Tuan Zulkhairil Amar bin Mohamad dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 26 Julai 2024. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2011 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau telah dilantik ke dalam perkhidmatan awam pada April 2001 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau telah berkhidmat di Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga Mei 2009. Beliau kemudiannya berkhidmat di Kementerian Kewangan dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Belanjawan Negara di Sektor Perkhidmatan Am, Pejabat Belanjawan Negara.