ANGGOTA PERBADANAN

YBHG. DATO’ HAJI AMRAN BIN HAJI AHMAD

YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 Januari 2025. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1993 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakanTimbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

YBhg. Dato’ Haji Amran telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam mulai tahun 1994 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Bahagian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Antidadah Negeri Sabah dan Pengarah Imigresen Negeri Selangor. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Sumber Manusia pada Ogos 2023.