Pendaftaran Ejen Paten

  1. Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten dalam Daftar Ejen Paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang 18 bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten, pemohon hendaklah memuaskan Pendaftar:
    a)bahawa dia berdomisil atau adalah seorang pemastautin tetap di Malaysia;
    b)bahawa dia adalah seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi di Malaya atau peguambela Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, atau mempunyai ijazah kejuruteraan atau sains yang berkaitan atau yang setaraf dengannya dari institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh Lembaga Pemeriksa, atau mempunyai kelayakan yang melayakkan beliau untuk lulus keahlian kejuruteraan profesional atau institusi saintifik atau sebagainya yang diiktiraf oleh Lembaga Pemeriksa; dan
    c)Bahawa dia telah lulus Peperiksaan Ejen Paten.

Pembaharuan Pendaftaran Ejen Paten

  1. Sesuatu permohonan untuk membaharui pendaftaran sebagai ejen paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang 19 bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun.
  2. Pendaftar boleh enggan membaharui pendaftaran mana-mana orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan atau tidak jujur.