MENGURUSKAN PATEN / PERBAHARUAN UTILITI

.

PEMBAHARUAN PATEN

Fi tahunan bagi paten:Fi Pemfailan (RM)
a) bagi tahun kedua selepas pemberian paten
290.00
b) bagi tahun ketiga selepas pemberian paten
360.00
c) bagi tahun keempat selepas pemberian paten
440.00
d) bagi tahun kelima selepas pemberian paten
530.00
e) bagi tahun keenam selepas pemberian paten
630.00
f) bagi tahun ketujuh selepas pemberian paten
730.00
g) bagi tahun kelapan selepas pemberian paten
830.00
h) bagi tahun kesembilan selepas pemberian paten
910.00
i) bagi tahun kesepuluh selepas pemberian paten
990.00
j) bagi tahun kesebelas selepas pemberian paten
1,020.00
k) bagi tahun keduabelas selepas pemberian paten
1,140.00
l) bagi tahun ketigabelas selepas pemberian paten
1,280.00
m) bagi tahun keempatbelas selepas pemberian paten
1,450.00
n) bagi tahun kelimabelas selepas pemberian paten
1,550.00
o) bagi tahun keenambelas selepas pemberian paten
1,900.00
p) bagi tahun ketujuhbelas selepas pemberian paten
2,100.00
q) bagi tahun kelapanbelas selepas pemberian paten
2,400.00
r) bagi tahun kesembilanbelas selepas pemberian paten
2,700.00
s) bagi tahun keduapuluh selepas pemberian paten
2,900.00

Fi tahunan bagi perbaharuan utiliti :

Fi Pemfailan (RM)
a) bagi tahun ketiga selepas pemberian perakuan
170.00
b) bagi tahun keempat selepas pemberian perakuan
240.00
c) bagi tahun kelima selepas pemberian perakuan
290.00
d) bagi tahun keenam selepas pemberian perakuan
350.00
e) bagi tahun ketujuh selepas pemberian perakuan
350.00
f) bagi tahun kelapan selepas pemberian perakuan
420.00
g) bagi tahun kesembilan selepas pemberian perakuan
420.00
h) bagi tahun kesepuluh selepas pemberian perakuan
480.00
i) bagi tahun kesebelas selepas pemberian perakuan
670.00
j) bagi tahun keduabelas selepas pemberian perakuan
940.00
k) bagi tahun ketigabelas selepas pemberian perakuan
1,090.00
l) bagi tahun keempatbelas selepas pemberian perakuan
1,270.00
m) bagi tahun kelimabelas selepas pemberian perakuan
1,550.00
n) bagi tahun keenambelas selepas pemberian perakuan
1,650.00
o) bagi tahun ketujuhbelas selepas pemberian perakuan
1,820.00
p) bagi tahun kelapanbelas selepas pemberian perakuan
1,930.00
q) bagi tahun kesembilanbelas selepas pemberian perakuan
2,090.00
r) bagi tahun keduapuluh selepas pemberian perakuan
2,200.00

BANGKANGAN PATEN

Maklumat di dalam proses pengemaskinian.

EJEN PATEN

Peperiksaan bagi Ejen Paten

  1. Lembaga Peperiksaan hendaklah menjalankan suatu peperiksaan yang terdiri daripada subjek berikut:
    • Teknologi;
    • Undang-Undang dan Amalan Paten di Malaysia;
    • Pendrafan Paten;
    • Undang-Undang dan Amalan Cap Dagangan, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia; dan
    • Undang-Undang dan Amalan Harta Industri Asing
  2. Permohonan pendaftaran sebagai calon peperiksaan hendaklah dibuat kepada Lembaga Peperiksaan dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta bayaran fi yang ditetapkan.
  3. Permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat kepada Pendaftar selepas calon menghadiri kursus bagi ejen paten.
  4. Calon dikehendaki menduduki semua subjek yang ditetapkan pada suatu pengambilan peperiksaan.

Kursus bagi Ejen Paten

Untuk didaftarkan sebagai ejen paten, permohonan untuk menghadiri mana-mana kursus bagi ejen paten hendaklah dibuat kepada Lembaga Peperiksaan dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.

Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan Ejen Paten

  1. Calon yang telah menduduki dan gagal untuk lulus mana-mana subjek dan jika dia tidak berpuas hati dengan keputusannya, dia boleh merayu kepada Perbadanan untuk menyemak semula keputusan itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pemberitahuan keputusan tersebut berserta pembayaran fi yang ditetapkan.
  2. Apabila diterima suatu rayuan, Perbadanan hendaklah mempertimbangkan rayuan itu dan membuat keputusan mengenainya.
  3. Keputusan Perbadanan hendaklah muktamad dan konklusif.

Menduduki Semula Peperiksaan Ejen Paten

  1. Calon yang telah menduduki dan gagal untuk lulus mana-mana atau semua subjek dalam sesuatu peperiksaan hendaklah menduduki semula kesemua subjek yang gagal itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada peperiksaan yang akan datang dan permohonan itu hendaklah dibuat kepada Lembaga Peperiksaan dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Calon boleh memohon untuk menghadiri kursus bagi ejen paten sebelum dia menduduki semula peperiksaan.
  3. Mana-mana calon yang gagal untuk lulus semua subjek selepas tiga percubaan termasuk peperiksaan pertama yang diambil hendaklah disifatkan gagal dalam keseluruhan peperiksaan.
  4. Percubaan untuk menduduki semula peperiksaan disebabkan kegagalan calon untuk lulus mana-mana atau semua subjek hendaklah diselesaikan dalam tempoh dua tahun dari tarikh calon dimaklumkan tentang keputusan peperiksaan pada pengambilan pertama, melainkan diarahkan sebaliknya oleh Lembaga Peperiksaan.
  5. Mana-mana calon yang disifatkan telah gagal dalam keseluruhan peperiksaan boleh memohon semula untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan.

Pendaftaran Ejen Paten

  1. Permohonan untuk didaftarkan sebagai Ejen Paten dalam Daftar Ejen Paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten, pemohon hendaklah memuaskan hati Pendaftar:
    a)bahawa dia berdomisil dalam atau adalah pemastautin tetap Malaysia;
    b)bahawa dia seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, atau mempunyai ijazah undang-undang dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang harta perindustrian, atau mempunyai ijazah yang relevan atau setara dengannya dalam cabang yang bersesuaian atau kejuruteraan atau sains daripada institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan, atau mempunyai kelayakan yang menjadikannya berhak kepada keahlian siswazah suatu institusi kejuruteraan atau sains profesional atau yang seumpamanya yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan;
    c)bahawa dia telah menghadiri kursus bagi ejen paten sebelum dia menduduki peperiksaan; dan
    d)dia telah lulus Peperiksan Ejen Paten.
  3. Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemohon sebagai ejen paten bagi suatu tempoh yang tamat pada 31 Disember tahun itu.

Pembaharuan Pendaftaran Ejen Paten

  1. Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran sebagai ejen paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta pembayaran fi yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun.
  2. Ejen paten hendaklah menghadiri semua kursus yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh Pendaftar untuk tujuan pembaharuan pendaftarannya.
  3. Pendaftar hendaklah memperbaharui pendaftaran ejen paten untuk tempoh yang tamat pada 31 Disember tahun itu.
  4. Pendaftar boleh menolak untuk memperbaharui pendaftaran mana-mana orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan atau ketidakjujuran atau seorang yang belum dilepaskan daripada bankrap.
  5. Sekiranya ejen paten gagal membuat permohonan pembaharuan pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Januari, beliau boleh meminta bagi pelanjutan masa untuk membuat permohonan itu kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  6. Permintaan bagi pelanjutan masa hendaklah untuk tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari 31 Januari tahun itu.

Pembatalan Pendaftaran Ejen Paten Disebabkan Kegagalan Pembaharuan

  1. Jika ejen paten gagal membuat permintaan bagi pelanjutan masa dalam tempoh enam bulan dari 31 Januari, Pendaftar hendaklah membatalkan dan mengeluarkan pendaftaran ejen paten daripada Daftar Ejen Paten.
  2. Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Jurnal Rasmi pembatalan dan pengeluaran ejen paten dan sebarang permohonan atau paten yang diwakili oleh ejen paten bagi pihak mana-mana orang, jika ada.
  3. Jika ejen paten yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Paten memfailkan permohonan untuk mendaftar sebagai ejen paten dalam tempoh tiga tahun dari tarikh penyiaran pembatalan dan pengeluarannya sebagai ejen paten, Pendaftar boleh mengetepikan syarat untuk menghadiri kursus dan lulus peperiksaan.
  4. Sebarang pendaftaran ejen paten yang telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Paten untuk tempoh lebih daripada tiga tahun dari tarikh penyiaran pembatalan dan pengeluarannya sebagai ejen paten hendaklah disifatkan sebagai tidak lagi memenuhi keperluan untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten.

Penangguhan Pembaharuan untuk Pendaftaran Ejen Paten

  1. Seorang ejen paten boleh memohon kepada Pendaftar untuk penangguhan permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sebagai ejen paten jika ejen paten itu memenuhi keadaan bahawa dia mempunyai sebab atau alasan yang sah seperti yang ditentukan oleh Pendaftar untuk menangguhkan pembaharuan itu dan dia telah berhenti bertindak bagi pihak pemohon, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya.
  2. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pendaftar pada atau sebelum 31 Januari tahun tersebut dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta bayaran fi yang ditetapkan dan disertakan dengan bukti sokongan atas alasan atau alasan yang sah.
  3. Permohonan untuk penangguhan hendaklah dibenarkan untuk tempoh maksimum satu tahun dan boleh dipohon semula oleh ejen paten
  4. Jika ejen paten gagal memperbaharui pendaftaran sebagai ejen paten selepas tamat tempoh tiga tahun dari 31 Januari, pendaftaran ejen paten hendaklah dianggap sebagai tidak lagi memenuhi keperluan untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten.

Pembatalan Pendaftaran Ejen Paten oleh Pendaftar

Pendaftar boleh membatalkan dan mengeluarkan pendaftaran ejen paten daripada Daftar Ejen Paten jika ejen paten tidak lagi memenuhi keperluan untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten atau telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan penipuan atau ketidakjujuran atau adalah seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pembatalan Sukarela

Ejen paten boleh membatalkan pendaftarannya dengan memfailkan permohonan pembatalan sukarela kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta pembayaran fi yang ditetapkan dan disertakan dengan bukti bahawa ejen paten telah berhenti bertindak bagi pihak pemohon paten, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya.

Berhenti Bertindak sebagai Ejen Paten

  1. Jika ejen paten berhasrat untuk berhenti bertindak bagi pihak pemohon paten, pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakilinya, dia hendaklah memfailkan dengan Pendaftar permohonan untuk berhenti bertindak dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar berserta pembayaran fi yang ditetapkan dan disertakan dengan bukti bahawa dia telah memberitahu orang itu tentang hasratnya itu.
  2. Permohonan untuk berhenti bertindak sebagai ejen paten yang difailkan tidak boleh ditarik balik.

Penamatan Pelantikan Ejen Paten

  1. Mana-mana orang boleh menamatkan pelantikan ejen paten dengan memfailkan permohonan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Permohonan untuk menamatkan pelantikan ejen paten yang difailkan tidak boleh ditarik balik.

Kematian Ejen Paten

  1. Sekiranya berlaku kematian ejen paten, mana-mana orang yang diwakili oleh ejen paten atau wakil sah ejen paten hendaklah memberitahu kematian itu kepada Pendaftar secara bertulis dalam tempoh satu bulan dari tarikh kematian ejen paten.
  2. Jika pemberitahuan itu difailkan oleh wakil sah ejen paten yang telah mati, pemberitahuan tersebut hendaklah disertakan dengan bukti bahawa kematian telah dimaklumkan kepada pemohon paten atau pemunya paten atau mana-mana orang yang diwakili oleh ejen paten.
  3. Orang atau orang yang diwakili oleh ejen paten yang mati hendaklah memfailkan permohonan untuk pelantikan ejen paten baharu pada masa yang sama memfailkan pemberitahuan kematian ejen paten atau dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pemberitahuan kematian ejen paten oleh wakil sah.

Soalan peperiksaan ejen paten tahun sebelumnyaRM50.00--

Perkara/ProsidingFi  (RM)Borang
  
Permohonan bagi Pendaftaran Sebagai Calon Peperiksaan Ejen PatenRM150.0018A18A
Permohonan untuk Mengambil Semula Peperiksaan Ejen PatenRM150.0018B18B
Permohonan untuk Menghadiri Kursus bagi Ejen PatenRM3,000.0018C18C
Permohonan untuk Menghadiri Kursus bagi Ejen Paten bagi Maksud Mengambil Semula PeperiksaanRM600.0018D18D
Fi peperiksaan bagi ejen patenRM150.00--
Rayuan terhadap keputusan peperiksaanRM300.00--
Permohonan bagi Pendaftaran Ejen PatenRM2,670.001818
Permohonan bagi Pembaharuan Pendaftaran Ejen PatenRM750.001919
Permohonan bagi Penangguhan Pembaharuan Pendaftaran Ejen PatenRM400.0019A19A
Permohonan bagi Pembatalan Sukarela sebagai Seorang Ejen PatenRM150.0019B19B
Permohonan untuk Berhenti Bertindak sebagai Ejen PatenRM150.0019C19C
Permohonan bagi Penamatan Pelantikan Ejen PatenRM150.0019D19D
Pelantikan atau Pertukaran Ejen PatenRM100.001717
Permintaan untuk Membetulkan atau Menukar Butir-butir Ejen Paten dalam Daftar Ejen PatenRM150.0018E18E
Permintaan bagi Perlanjutan MasaRM350.002121
Perlanjutan masa (setiap bulan atau sebahagian daripada bulan)RM100.00--

PEMULANGAN DOKUMEN

NO.

APPLICATION NUMBER

TYPE OF DOCUMENT

MAILING DATE OF DOCUMENT

DEADLINE FOR DOCUMENT

REMARK

1
MY-193929-A
NOTICE OF GRANT
23/12/2022
-
SHIFTED
2
MY-193645-A
NOTICE OF GRANT
28/12/2022
-
SHIFTED
3
MY-197830-A
NOTICE OF GRANT
11/8/2023
-
SHIFTED
4
PI 2017500048
SUBSTANTIVE EXAMINATION ADVERSE REPORT
28/8/2023
28/11/2023
RETURN DOCUMENT BY POS LAJU

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,103