KEJAYAAN KUMPULAN KIK MYIPO


28 November 2018 – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MyIPO yang dikenali sebagai The Seer telah dianugerahkan tempat kedua di Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2018.

Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK The Seer telah menghasilkan ciptaan mereka yang diberi nama ‘EyeRiss’, satu sistem bagi memudahkan pihak Penguatkuasa KPDNHEP mengenalpasti pemilik harta intelek (Cap Dagangan & Hakcipta) menerusi rekod MyIPO secara ‘real time’.