ASAS REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU


MENGENAI REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah suatu susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang mengandungi sebahagian atau semua unsur-unsur hubungan litar bersepadu atau keseluruhan susunan tiga dimensi disediakan untuk tujuan persediaan bagi proses perkilangan.

KELAYAKAN BAGI PERLINDUNGAN REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

Reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah layak untuk mendapat perlindungan secara automatik jika syarat-syarat berikut dipenuhi :

  • Ianya mestilah asli iaitu adalah hasil usaha intelek pencipta itu sendiri
  • Ianya telah di ekspresi dalam bentuk bahan atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu
  • pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak

PEMEGANG HAK REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

  1. Pencipta;
  2. Orang yang menempah sesuatu reka bentuk susun atur melalui kontrak perkhidmatan
  3. Majikan – jika karya reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam tugasan pekerjaannya.

HAK PEMEGANG REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

  1. Membenarkan sebarang pengeluaran semula reka bentuk susun atur litar bersepadu
  2. Membenarkan sebarang pengkomersilan eksploitasi terhadap
    • reka bentuk susun atur bersepadu
    • gabungan reka bentuk susunatur litar bersepadu
    • unsur-unsur yang mengandungi reka bentuk susun atur litar bersepadu yang digabungkan dalam apa-apa jua bentuk bahan

AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 19,504