Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan,urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.
Cap Kolektif adalah suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain.
Cap Perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.
Memperdayakan Atau Mengelirukan
Jika penggunaannya memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau akan berlawanan dengan undang-undang;
Skandal Atau Menyinggung
Jika ia mengandungi atau terdiri dan apa-apa perkara skandal atau menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan mana-mana mahkamah undang-undang
Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:
Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun
Suatu permohonan tunggal yang menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yang tergolong dalam beberapa kelas pengelasan.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN
©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)