AKADEMI HARTA INTELEK

AKADEMI HARTA INTELEK

Akademi Harta Intelek (IPA) merupakan pengendali latihan bagi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, IPA menumpukan usaha membangun kapasiti modal insan dalam menyokong dan memperkukuh pengetahuan serta kepakaran khususnya dalam bidang harta intelek.

IPA berperanan merancang, membangun, mengkoordinasi dan melaksanakan program-program berbentuk latihan dan kursus pemantapan pengetahuan berkaitan harta intelek. Program yang dianjurkan merangkumi semua elemen harta intelek dari peringkat asas sehingga teknikal yang disusun mengikut keperluan kumpulan sasaran tertentu mahupun untuk orang awam.

IPA juga berfungsi sebagai platform repositori bagi menghimpun dan menyimpan material rujukan berkaitan harta intelek. Pusat Sumber MyIPO menawarkan koleksi buku harta intelek, jurnal, majalah dan sebagainya termasuklah penerbitan tempatan dan antarabangsa yang boleh diakses oleh pengunjung.

Penubuhan IPA menyumbang kepada pengukuhan komuniti harta intelek dengan usaha meningkatkan kesedaran melalui pengajaran dan pembelajaran harta intelek seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem harta intelek di Malaysia. Melalui pelaksanaan program-program IPA, MyIPO berharap usaha tersebut dapat memberi galakan kepada perekacipta, usahawan, penggiat seni dan lain-lain dalam mencipta, memiliki. melindungi, mengguna dan mengkomersialkan aset tidak ketara seterusnya menjana ekonomi yang lebih mapan.

KALENDAR KURSUS 2025

PRA-PENDAFTARAN KURSUS

FASILITI LATIHAN
DAN SEWAAN

MyIPO mengundang anda untuk menjengah ke lokasi menarik yang sesuai untuk penganjuran latihan, seminar, kuliah, bengkel, mesyuarat atau acara, terletak di Petaling Jaya, menyediakan ruang yang selesa dilengkapi kemudahan dengan nilai berpatutan.


Bilik Latihan

Persekitaran yang baik memberikan suatu pengalaman penting dalam menjayakan suatu pembelajaran. Semua bilik latihan dilengkapi dengan projektor, skrin putih, mikrofon, Wi-Fi dan berhawa dingin dengan pilihan susunan konvensional bilik darjah mahupun pembelajaran kolaboratif boleh disesuaikan dengan persekitaran pembelajaran formal ataupun kasual.


Kapasiti 40 orang (maksimum)
Termasuk :

  • set meja dan kerusi latihan
  • sistem audio dengan 2 mikrofon
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 52 orang (maksimum)
Termasuk :

  • set meja dan kerusi latihan
  • sistem audio dengan 2 mikrofon
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 44 orang (maksimum)
Termasuk :

  • set meja dan kerusi latihan
  • sistem audio dengan 2 mikrofo
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 25 orang (maksimum)
Termasuk :

  • set kerusi lipat
  • sistem audio dengan 1 mikrofon
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 130 orang (maksimum)
Termasuk :

  • set meja dan kerusi latihan
  • sistem audio dengan 5 mikrofon
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 40 orang (maksimum) dengan 20 unit komputer desktop
Termasuk :

  • sistem audio dengan 1 mikrofon
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 100 orang (maksimum)
Termasuk :

  • 100 kerusi lipat
  • sistem audio dengan 3 mikrofon
  • projektor beserta layar putih


Bilik Mesyuarat

MyIPO menyediakan bilik mesyuarat khusus untuk penganjuran seperti mesyuarat perniagaan, rundingan korporat, temuramah atau temuduga, perjumpaan mahupun persidangan yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda. Semua bilik disusun secara boardroom yang dilengkapi peralatan audio visual dan persidangan dengan rangkaian berkelajuan tinggi yang melancarkan urusan anda.


Kapasiti 41 orang (maksimum)
Termasuk :

  • sistem audio
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 22 orang (maksimum)
Termasuk :

  • sistem audio
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 22 orang (maksimum)
Termasuk :

  • sistem audio
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 21 orang (maksimum)
Termasuk :

  • sistem audio
  • projektor beserta layar putih

Kapasiti 11 orang (maksimum)

Kapasiti 11 orang (maksimum)


Nota : Perkhidmatan tambahan katering untuk 1 hingga 3 sajian sehari dengan caj bayaran, boleh diaturkan untuk tempahan bilik latihan dan bilik mesyuarat.


Dewan Mutiara

Melangkah ke Menara MyIPO yang baru dibina, Dewan Mutiara merupakan satu dewan acara yang luas menjadi ruang ideal untuk acara persendirian mahupun persidangan korporat. Selesa dan versatil, dewan sepenuhnya berhawa dingin dan boleh memuatkan sehingga 500 orang untuk bankuet atau 700 orang untuk susunan teater. Dewan Mutiara adalah pilihan terbaik, tersedia dengan bilik menunggu dan bilik persalinan untuk tetamu serta ruang parkir yang luas bagi memberikan kemudahan untuk semua.



Majukan tempahan dan realisasikan sesi pembelajaran dan acara yang memenuhi keperluan anda! Hubungi kami di 03-7496 8985 atau e-mel ipa@myipo.gov.my untuk maklumat lanjut.

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,497