MENGURUSKAN PETUNJUK GEOGRAFI

PEMBAHARUAN PETUNJUK GEOGRAFI

Petunjuk Geografi yang telah didaftarkan tidak kekal selamanya dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun sekali.  Pembaharuan boleh dilakukan bermula dari 6 bulan sebelum tarikh luput petunjuk geografi tersebut melalui borang dan bayaran seperti berikut:


Perkara ProsidingFi (RM)Borang
Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi420 setiap permohonanGIA19GIA19
Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi dan surcaj630 setiap permohonanGIA20GIA20
Permohonan bagi kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi670 setiap permohonanGIA21GIA21

 

Untuk memastikan perlindungan Petunjuk Geografi berterusan, pemilik atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu sentiasa memperbaharui pendaftaran sebelum tempoh perlindungan tamat. Pembaharuan ini penting untuk mengekalkan hak eksklusif dan memastikan keaslian produk terus dilindungi.

Kesan Jika Tidak Diperbaharui:

  • Kehilangan Perlindungan Sah Undang-Undang
    Jika pendaftaran Petunjuk Geografi tidak diperbaharui, perlindungan sah undang-undang akan tamat.
  • Penggunaan Nama Geografi Tanpa Sekatan
    Nama geografi tersebut mungkin digunakan oleh pihak lain tanpa sekatan.
  • Kehilangan Nilai Pasaran
    Produk mungkin kehilangan nilai pasaran kerana tidak lagi mempunyai pengiktirafan rasmi sebagai produk asal kawasan tertentu.

EJEN PETUNJUK GEOGRAFI

Perkara Prosiding

Borang

Permohonan Pendaftaran Ejen Petunjuk GeografiGIA23GIA23 
Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Ejen Petunjuk GeografiGIA24GIA24 

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,898