ASAS PETUNJUK GEOGRAFI

MENGENAI PETUNJUK GEOGRAFI

“Petunjuk Geografi” ertinya suatu petunjuk yang boleh mengandungi satu atau lebih perkataan yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari suatu negara atau wilayah, atau suatu rantau atau lokaliti dalam negara atau wilayah itu, yang suatu kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang itu adalah pada dasarnya boleh dikaitkan dengan tempat asal geografinya.

Petunjuk Geografi biasanya mengandungi tempat asal produk tersebut dihasilkan. Petunjuk Geografi yang berdaftar di Malaysia termasuk:


Logo rasmi untuk Petunjuk Geografi di Malaysia digunakan untuk menandakan produk yang telah diiktiraf mempunyai kualiti, reputasi, atau ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan kawasan geografi asalnya. Logo ini membantu pengguna mengenali dan mempercayai keaslian produk tersebut.

PERLINDUNGAN DAN FAEDAH

Pendaftaran Petunjuk Geografi memberikan banyak kebaikan kepada pengeluar, pengguna, dan ekonomi tempatan. Berikut adalah beberapa kebaikan utama:

  1. Perlindungan Hak dan Keaslian Produk
    Menghalang penggunaan nama geografi secara tidak sah oleh pihak lain. Memastikan hanya produk dari kawasan asal yang boleh menggunakan nama tersebut. Mengelakkan pemalsuan dan penyalahgunaan yang boleh menjejaskan reputasi produk.

  2. Meningkatkan Nilai Ekonomi dan Daya Saing
    Produk yang berdaftar sebagai Petunjuk Geografi mendapat pengiktirafan dan nilai pasaran lebih tinggi. Meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan, petani, dan masyarakat setempat. Memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dengan jaminan keaslian dan kualiti.

  3. Jaminan Kualiti dan Kepercayaan Pengguna
    Produk dengan Petunjuk Geografi perlu memenuhi standard tertentu yang menjamin kualitinya. Pengguna lebih yakin dengan produk kerana keaslian dan kualiti terjamin.

  4. Promosi dan Pemasaran yang Lebih Berkesan
    Petunjuk Geografi berfungsi sebagai alat pemasaran yang berkesan kerana menekankan keunikan produk. Menarik perhatian pembeli yang mencari produk asli dari kawasan tertentu.

  5. Pemeliharaan Budaya dan Warisan Tempatan
    Petunjuk Geografi menggalakkan kelestarian amalan tradisional dalam pengeluaran sesuatu produk.Melindungi identiti budaya sesuatu kawasan daripada dieksploitasi oleh pihak luar.

  6. Pembangunan Ekonomi Tempatan
    Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan. Meningkatkan ekonomi komuniti dengan memastikan pengeluar mendapat faedah langsung daripada produk mereka.

PENGECUALIAN DARI PERLINDUNGAN

  1. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal.
  2. Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal.
  3. Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal.

TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan bagi Petunjuk geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun.

HAK PENGGUNAAN

  1. Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.
  2. Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran.

PEMOHON YANG LAYAK

  1. Individu yang menjalankan aktiviti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan.
  2. Pihak berkuasa tempatan.
  3. Organisasi perniagaan atau persatuan.

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,686