TRIBUNAL HAK CIPTA

MENGENAI TRIBUNAL HAK CIPTA

Tribunal Hak Cipta ditubuhkan bagi mendengar tuntutan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan permohonan untuk kegunaan karya berhakcipta dan juga bagi mendapatkan tuntutan relif terhadap pengendali skim pelesenan hakcipta.

  1. Pelaku
    Iaitu pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan.

  2. Pengendali
    Iaitu Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang telah diisytiharkan oleh Pengawal Hakcipta sebagai Badan pelesenan yang sah dan menawarkan skim pelesenan kepada individua tau organisasi.

  3. Seseorang atau organisasi
    Individu atau organisasi yang menggunakan skim pelesenan yang ditawarkan oleh Pengendali.

  4. Organisasi Pengurusan Kolektif
    Organisasi Pengurusan Kolektif yang dibatalkan perisytiharannya atas sebab-sebab tertentu oleh Pengawal Hakcipta.

  5. Pihak-pihak yang berkepentingan
    Seseorang yang berhasrat atau pihak yang berkepentingan yang ingin mendapatkan permohonan lesen bagi terjemahan suatu karya sastera dalam bahasa asing dan diterbitkan ke dalam bahasa kebangsaan atau vernakular.

  6. Ahli-ahli Organisasi Pengurusan Kolektif
    Mana-mana ahli Organisasi Pengurusan Kolektif yang berhasrat untuk merujuk pertelingkahan melibatkan royalti antara beliau dan Organisasi Pengurusan Kolektif yang mewakilinya.

Tribunal Hakcipta boleh mendengar dan memutuskan isu-isu yang dibawa oleh orang yang berminat ‘interested person’ seperti berikut:

  1. Aduan daripada pelaku
    Mendengar dan memutuskan permohonan tuntutan Pelaku berkaitan pembayaran hak saraan saksama daripada pengendali skim pelesenan hakcipta.

  2. Aduan daripada pengendali lesen hakcipta
    Mendengar dan memutuskan apa jua isu rujukan oleh pengendali, seseorang atau organisasi berkaitan skim pelesenan hakcipta yang ditawarkan kepada pengguna skim pelesenan tersebut.

  3. Rayuan oleh Badan Pelesenan
    Mendengar dan memutuskan rayuan oleh badan pelesenan yang dibatalkan perisytiharannya oleh Pengawal Hakcipta.
    Permohonan bagi penterjemahan
    Mendengar dan memutuskan permohonan mendapatkan lesen permohonan bagi terjemahan suatu karya sastera dalam bahasa asing yang hendak diterbitkan ke dalam bahasa kebangsaan atau vernakular.

  4. Aduan daripada Ahli-ahli Organisasi Pengurusan Kolektif
    Mendengar dan memutuskan permohonan pertelingkahan royalti antara ahli dan Organisasi Pengurusan Kolektif yang mewakilinya.

Tiada had masa bagi sebarang pemfailan dan aduan kepada Tribunal Hak Cipta

Sesiapa yang berminat bagi mendapatkan maklumat mengenai Tribunal Hak Cipta boleh menghubungi kami seperti berikut:

  1. Setiausaha Tribunal Hakcipta
  2. Level 5, Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
  3. copyrightribunal@myipo.gov.my
  4. 03-7490 2806

ANGGOTA TRIBUNAL HAK CIPTA

The Copyright Tribunal was established under section 28 until section 30A of the Copyright Act 1987 (Act 332) which came into operation together with an amendment that came into force on the 1st of March 2012.

Tribunal Hakcipta adalah satu separa badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Hakcipta 1987 yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, lima (5) Timbalan Pengerusi dan dua belas (12) anggota lain yang dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Anggota-anggota Tribunal yang dilantik mempunyai pelbagai latar belakang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, kreatif, atau hal-ehwal pengguna.

  • PENGERUSI
    Assoc. Prof. Rohazar Wati binti Zuallcobley

  • ANGGOTA
    Prof. Dr. Nazura binti Abdul Manap
    Puan Wong Jin Nee

Pengerusi dan anggota Tribunal Hak Cipta yang dilantik boleh memegang jawatan sebagai Pengerusi dan anggota tidak melebihi tiga (3) tahun tertakluk kepada peruntukan tidak sesuai atau tidak berupaya meneruskan jawatannya sama ada melalui penamatan atau perletakan jawatan selaras dengan seksyen 29 Akta Hak Cipta 1987.

Tribunal Hak cipta ditadbir urus oleh setiausaha, yang merupakan seorang penjawat awam di bawah lantikan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Setiausaha tidak terlibat terhadap sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Tribunal Hak Cipta dan hanya menjalankan tugas bagi membantu Tribunal Hak Cipta. Tribunal Hak Cipta bebas menentukan keputusannya sendiri tanpa campur tangan badan-badan kerajaan..

Setiausaha bertindak sebagai pentadbir awam bagi menguruskan komunikasi antara Tribunal dan sebarang surat-menyurat perlulah melalui setiausaha.

  1. Secretary to the Copyright Tribunal
  2. Level 5, Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
  3. copyrightribunal@myipo.gov.my
  4. 03-7490 2806 / 03 7496 8932

PANDUAN MENGISI BORANG

Maklumat di dalam proses pengemaskinian.

BORANG DAN FI

JADUAL BORANG DAN YURAN

[Regulation 3 and Regulation 4, Copyright  (Copyright Tribunal) Regulations 2012 (incorporating all amendments up to 19 June 2020 ]

ItemPerkaraYuran (RM)Borang
1.Proceedings not requiring special leave of the Tribunal or proceedings where special leave of the Tribunal has been granted [regulation 5] a.    Application under section 16B of the Act100CT1
b.    Reference under section 27B, 27C, 27D, 27I or 27J of the Act300
c.    Application under section 27E, 27F or 27K of the Act300
d.    Application for a licence under section 31 of the Act300
da.   Application for hearing dispute relating to royalties under section 59C of the Act200
e.    Defence20CTD
2.Application or reference requiring special leave of the Tribunal [regulation 7] a. Application or reference under subsection 16B(3C), 27D(2), 27F(2) or 27K(2) of the Act300CT2
b. Representation20CTR
3.Appeal [regulation 8] a. Appeal under subsection 27A(7) of the Act50CT3
b. Defence20CTD
4.Amendment of application, reference, appeal and defence [regulation 9]50 
5.Application to extend the period to produce and publish the translation of a literary work [subregulation 10(4)]200CT4
6.Application to cancel licence granted under section 31 of the Act [subregulation11(2)]300CT5
7.Reference of questions of law to High Court [regulation 12]300CT6
8.Withdrawal of application, reference or appeal [regulation 13]200CT7
9.Substituted service [regulation 17]100CT8
10.Request to inspect decision and reasons for the decisions - per hour [subregulation 23(3)]20CT9
11.Request for copies of the decision or reasons for the decision [subregulations 23(4) and 23(5)] a. Original copy- per page50CT10
b. Certified copy - per page10
c.        Non-certified copy - per page5
12.Setting aside decision [regulation 24]200CT11

LAIN-LAIN BORANG DAN MAKLUMAT

[Regulations 25 of Copyright (Copyright Tribunal) Regulations 2012 (incorporating all amendments up to 19 June 2020 ]

ItemPerkaraYuran (RM)Borang
1.Notice of Representatives [Regulation 25 and Regulation 28]Tiada cajCT-NOR
2.Example of Evidence [Regulation 22(1), Regulation 25 and Regulation 29]Tiada cajCONTOH
3.Example of Submission [Regulation 22(3)]Tiada cajCONTOH
4.Notice to adduce evidence, witness, document, record or thing [Regulation 22(1) and Regulation 29(1)(a)]Tiada cajCTE
5.Notice to Answer Tribunal Inquiries [Regulation 29(1)(d) and Regulation 21(1)(g)]Tiada cajCTI

CARTA ALIR

KEPUTUSAN TRIBUNAL HAK CIPTA

No.Rujukan, Permohonan, RayuanNo. KesTarikh
1.TBIN/AN/A

PROSEDUR PEMFAILAN SECARA MANUAL

PROSEDUR PEMFAILAN ATAS TALIAN

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,596