MENGURUSKAN CAP DAGANGAN

PEMBAHARUAN CAP DAGANGAN

Kenapa perlu perbaharui cap dagangan?
Pendaftaran cap dagangan akan tamat setiap sepuluh (10) tahun daripada tarikh ia didaftarkan atau diperbaharui. Pemilik cap dagangan perlu memastikan cap dagangan mereka diperbaharui untuk memastikan hak pemilikan terus dilindungi dan dapat mengambil tindakan pelanggaran bagi mana-mana pihak yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran.

Bagaimanakah saya boleh memperbaharui cap dagangan saya?
Anda boleh memperbaharui cap dagangan anda dengan memfailkan borang TME1, (fi RM1000). Permohonan boleh dibuat secara manual atau menggunakan perkhidmatan atas talian.

Bilakah permohonan pembaharuan boleh dibuat?
Permohonan pembaharuan boleh difailkan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tarikh pendaftaran.

Adakah cap dagangan saya masih boleh diperbaharui sekiranya saya lewat memfailkan permohonan pembaharuan?
Permohonan cap dagangan masih boleh diperbaharui dalam tempoh setahun selepas tamat tarikh pendaftaran. Namun begitu, fi pembaharuan beserta surcaj dikenakan bagi permohonan pembaharuan lewat.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pembaharuan cap dagangan boleh hubungi :-
Puan Nurdiana binti Abdul Raes/Puan Roaida binti Daud/Puan Masuzila binti Mohd Razali
Telefon: 03 -7496 8948/03 7496 3876/03 7496 3891
E-mel: nurdiana@myipo.gov.my/ roaida@myipo.gov.my / masuzila@myipo.gov.my

Pembaharuan manual boleh dimuat turun melalui link berikut: Muat turun disini

Pemfailan secara dalam talian adalah melalui IP Online Filing. Ikuti langkah berikut:

  1. Pendaftaran Pengguna
  2. Pendaftaran Sijil Digital (POS Digicert). Tatacara permohonan sijil digital seperti dilampirkan (#2-How to Register Digicert.pdf). Video tutorial boleh ditonton melalui pautan Video Permohonan Sijil Digital IP Online
  • iAnda boleh meminta Pegawai IP Helpdesk untuk mengaktifkan nombor permohonan cap dagangan secara atas talian dengan menghubungi 03-7496 8907/03-7496 8906
  1. Log in ke dalam sistem IPOnline dan pilih Trade Mark>Maintain a Trade Mark>TM Renewal and Restoration (TME1, TME2, TME3) untuk membuat permohonan.

Terdapat dua (2) fi bagi permohonan lewat:

  1. TME2 (RM1200) – Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran (Seksyen 39(5) ACD 2019)
  2. TME3 (RM1500) – Jika memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam masa enam bulan dari tarikh dikeluarkan (Seksyen 39(9) ACD 2019

Pendaftaran cap dagangan akan dikeluarkan daripada daftar sekiranya tiada permohonan pembaharuan diterima selepas tempoh setahun daripada tarikh akhir pendaftaran.

Perkara ProsidingBorang

Pembaharuan pendaftaranTME1 -TME3TME1 -TME3
Permintaan bagi pembaharuan lewat
Permintaan bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan

EJEN CAP DAGANGAN

Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen Cap Dagangan dalam Daftar Ejen Cap Dagangan hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam borang TMR2 bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.

Untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Cap Dagangan, pemohon hendaklah memuaskan Pendaftar:

  • sama ada dia seorang warganegara, berdomisil atau pemastautin tetap di Malaysia;
  • beramal sebagai seorang ejen yang perniagaannya didaftarkan di Malaysia;
  • bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan;
  • tidak disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau apa-apa kesalahan lain di bawah ACD 2019;
  • telah menghadiri semua kursus yang dikehendaki; dan
  • telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pendaftar.

Kelayakan tambahan pemohon hendaklah sama ada :

  • dia dicatatkan dalam Daftar Ejen Paten yang diselenggara menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Paten 1983 [Akta 291];
  • dia ialah peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi di Malaya atau peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang beramal semata-mata di Malaysia;
  • memegang ijazah dalam apa-apa bidang pengajian dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam bidang harta industri; atau
  • mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang harta industri oleh sebab dia seorang bekas pegawai Perbadanan.

Sebelum memperbaharui pendaftaran ejen Cap Dagangan, seseorang ejen itu WAJIB menghadiri Bengkel/Kursus Pembaharuan Ejen Cap Dagangan dengan fi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Akademi Harta Intelek (IPA)

Sesuatu permohonan untuk membaharui pendaftaran sebagai Ejen Cap Dagangan hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang TMR3 bersama-sama dengan dokumen iringan yang wajib iaitu sijil kehadiran kursus pembaharuan ejen dan bukti bayaran cukai pendapatan (individu) berserta pembayaran fi yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun

Pendaftar boleh enggan membaharui pendaftaran mana-mana orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan atau tidak jujur.

Sebelum menduduki peperiksaan, calon wajib menghadiri kursus yang telah ditetapkan oleh Pendaftar iaitu  Kursus Persediaan Peperiksaan Ejen Cap Dagangan dengan bayaran fi yang telah ditetapkan oleh IPA

Pendaftar hendaklah menjalankan suatu peperiksaan yang terdiri daripada subjek berikut:

  • Malaysian trademark law and designs law and practice;
  • Foreign industrial property law and practice.

Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang TMR1 berserta bayaran fi yang ditetapkan.

Seseorang calon yang telah menduduki peperiksaan dan gagal mana-mana subjek, jika dia tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh membuat rayuan untuk menyemak semula keputusan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan keputusan melalui borang TMR10 bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.

Apabila diterima suatu rayuan, Jawatankuasa Penilaian Dan Pemutusan Peperiksaan Ejen Cap Dagangan hendaklah menimbangkan rayuan itu dan membuat keputusan mengenainya.

Keputusan Jawatankuasa Penilaian Dan Pemutusan Peperiksaan Ejen Cap Dagangan hendaklah muktamad dan konklusif.

Perkhidmatan cap dagangan yang berkaitan dengan Ejen cap dagangan

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 20,477