Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.
Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.
Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 + 5 + 5 tahun dari tarikh pemfailan tertakluk kepada penggunaan.
Mana-mana pihak boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama dengan orang lain. Perkataan “orang” tidak terhad kepada individu perseorangan dan ini termasuklah, contohnya syarikat.
Contoh-contoh spesifikasi Paten:
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN
©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)