Pembaharuan Cap Dagangan
Perkara Prosiding | Borang | |
|
|
|
Renewal | TME1 -TME3 | TME1 -TME3 |
Request for Late Renewal Under of the Act | ||
Request for Restoration |
PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN CAP DAGANGAN
Kenapa perlu perbaharui cap dagangan?
Pendaftaran cap dagangan akan tamat setiap sepuluh (10) tahun daripada tarikh ia didaftarkan atau diperbaharui. Pemilik cap dagangan perlu memastikan cap dagangan mereka diperbaharui untuk memastikan hak pemilikan terus dilindungi dan dapat mengambil tindakan pelanggaran bagi mana-mana pihak yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran.
Bagaimanakah saya boleh memperbaharui cap dagangan saya?
Anda boleh memperbaharui cap dagangan anda dengan memfailkan borang TME1, (fi RM1000). Permohonan boleh dibuat secara manual atau menggunakan perkhidmatan atas talian.
Bilakah permohonan pembaharuan boleh dibuat?
Permohonan pembaharuan boleh difailkan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tarikh pendaftaran.
Adakah cap dagangan saya masih boleh diperbaharui sekiranya saya lewat memfailkan permohonan pembaharuan:
Permohonan cap dagangan masih boleh diperbaharui dalam tempoh setahun selepas tamat tarikh pendaftaran. Namun begitu, fi pembaharuan beserta surcaj dikenakan bagi permohonan pembaharuan lewat.
Terdapat dua (2) fi bagi permohonan lewat:
i. TME2 (RM1200) – Jika permintaan bagi pembaharuan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran (Seksyen 39(5) ACD 2019)
ii. TME3 (RM1500) – Jika memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam masa enam bulan dari tarikh dikeluarkan (Seksyen 39(9) ACD 2019
Pendaftaran cap dagangan akan dikeluarkan daripada daftar sekiranya tiada permohonan pembaharuan diterima selepas tempoh setahun daripada tarikh akhir pendaftaran.
Bagaimanakah sekiranya saya bertukar alamat?
Jika terdapat perubahan alamat pemilik, pemohon boleh failkan terlebih dahulu borang TMB4 (RM20) bagi membolehkan alamat tersebut dikemaskini.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang pembaharuan?
Borang permohonan pembaharuan manual boleh dimuat turun melalui link berikut: Muat turun disini
Pemfailan secara dalam talian adalah melalui IP Online Filing. Ikuti langkah berikut:
i. Pendaftaran Pengguna
ii. Pendaftaran Sijil Digital (POS Digicert). Tatacara permohonan sijil digital seperti dilampirkan (#2-How to Register Digicert.pdf). Video tutorial boleh ditonton melalui pautan Video Permohonan Sijil Digital IP Online
iii. Anda boleh meminta Pegawai IP Helpdesk untuk mengaktifkan nombor permohonan cap dagangan secara atas talian dengan menghubungi 03-7496 8907/03-7496 8906
iv. Log in ke dalam sistem IPOnline dan pilih Trade Mark>Maintain a Trade Mark>TM Renewal and Restoration (TME1, TME2, TME3) untuk membuat permohonan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pembaharuan cap dagangan boleh hubungi :-
Puan Nurdiana binti Abdul Raes/Puan Roaida binti Daud/Puan Masuzila binti Mohd Razali
Telefon: 03 -7496 8948/03 7496 3876/03 7496 3891
E-mel: nurdiana@myipo.gov.my/roaida@myipo.gov.my/ masuzila@myipo.gov.my
Senarai Ejen Cap Dagangan Berdaftar 2024